top of page

Letak Jamil Khir ke Perhebat usaha kukuhkan pengaruh PN?



Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) yang diwujudkan bagi menyediakan kursus kemahiran kepada veteran tentera untuk mendapat pekerjaan selepas tamat perkhidmatan tidak seharusnya diurus oleh tokoh politik.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, pengumuman kerajaan Perikatan Nasional semalam menempatkan Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom (B) sebagai Pengerusi Perhebat adalah satu langkah ke belakang.


Katanya, kerajaan PN tidak sewajarnya menempatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menguruskan badan latihan tentera berdasarkan rekod beliau yang kontroversi di Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).


"Sewaktu Datuk Seri Jamil memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan itu menghadapi beberapa kesulitan sehingga rizabnya negatif dan mendapat teguran Bank Negara pada 2015.


"Ini menyebabkan kesukaran Tabung Haji memberikan hibah kepada pencarum sehingga aset-asetnya terpaksa distruktur semula.


"Kita juga tidak lupa beliau pernah dikaitkan dengan pembaziran wang untuk anak yatim dan miskin di bawah YaPEIM pada 2015.


"Ketika itu, Pengarah National Oversight and Whistleblowers, Akmal Nasir mendakwa sebanyak RM410,978.56 wang Yayasan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) digunakan untuk lawatan ke Amerika Syarikat.


"Ini termasuk beberapa acara seperti golf, jamuan dan rombongan membeli-belah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurt Nik Nazmi lagi, fungsi Perhebat sangat penting ketika negara berdepan kemelesetan ekonomi dan sewajarnya badan tersebut diuruskan oleh profesional tentera yang tiada kaitan dengan politik bagi memperbaiki dan melancarkan fungsi badan berkenaan.


"Fungsi Perhebat menjadi lebih penting dalam kegawatan ekonomi ekoran wabak Covid-19.


"Mengapakah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan meletak bukan sahaja orang politik, tetapi seorang yang kontroversi di kedudukan penting ini?


"Adakah usaha menyelamatkan Kerajaan PN yang rapuh lebih penting dari kebajikan veteran-veteran tentera yang ada?" soalnya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page