top of page

'Lepas undi 2018 orang kata tiada perubahan, kini berubah, Bossku sudah masuk dalam'



Kalimat 'tiada apa yang berubah' bagi menggambarkan kegagalan 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah rakyat bersusah payah mengundi pada 9 Mei 2018 lalu sering diungkapkan.


Namun menurut Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, pada 23 Ogos lalu terbukti perubahan yang dilakukan 4 tahun lalu itu telah berjaya mendaulatkan undang undang negara, apabila tokoh politik sekebal Najib Razak disumbat ke penjara.


"Ramai bertanya apa gunanya 2018 keluar beramai ramai pada 9 Mei untuk kita undi PH?


"Ramai bertanya apa sebenarnya fungsi kita balik kampung, anak kita dari luar negara balik, saudara mara kita datang mengundi, apa gunanya?


"Kalau kita tengok apa yang berlaku baru baru ini (pemenjaraan Najib), itu antara hasil daripada bila kita keluar mengundi beramai ramai pada Mei 2018.


"Kalau kita tengok apa yang kita telah berjaya lakukan di Parlimen, undang undang anti lompat parti, itu juga salah satu yang berjaya kita lakukan dan kembalikan keyakinan rkyat bahawa undi kita keramat," katanya dalam ceramah Jelajah Tolak BN PN di Parlimen Bangi, malam tadi.


Selain itu, menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, undi pada 2018 juga telah mengembalikan keyakinan rakyat untuk mengundi apabila undang undang anti lompat parti dilulus secara sebulat suara di Dewan Rakyat.


Selepas ini, rakyat akan dapat kerajaan yang mereka pilih untuk 5 tahun, bukannya 5 tahun dapat tiga perdana menteri.


Usaha untuk mengundi pada 2018 juga, katanya menyebabkan berlaku pembongkaran skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang melibatkan pemimpin Umno, dan kini juga termasuk pemimpin Bersatu.


"Saya ucap tahniah kepada abang Mat dan Liew Chin Tong sebab selepas PH ambil alih kerajaan antara perkara penting kita dapat lihat apa sebenarnya berlaku dalam audit terhadap banyak perkara.


"Termasuklah kapal LCS. Kalau tak berlaku perubahan 9 Mei 2018 kita tak dapat lihat apa yang berlaku seperti dibongkarkan," katanya.


Fahmi juga tidak faham mengapa menteri totok Melayu seperti Zahid Hamidi tidak mendengar teguran Panglima Tentara Laut mengenai rekabentuk kapal tempur yang dimahukan oleh pihak tentara, sedangkan panglima itu seorang Melayu dan tegurannya untuk mempertahankan keselamatan Tanah Melayu.


"Saya tak boleh terima bagaimana surat dari Panglima Tentera Laut tidak dijawab, tidak dilayan. Bila Umno kata mereka pertahankan orang Melayu, mengapa kamu tidak pertahankan Panglima Tentera Laut yang menegur cara perolehan kapal ini.


"Di depan rakyat mereka pertahan orang Melayu, di belakang mereka permainkan tentera laut. Saya sukar terima, kenapa mereka perlakukan Panglima Tentera Laut sedemikan rupa.


"Zahid Hamidi hingga hari ini tidak dapat menjawab bagaimana beliau selepas 2 hari dapat surat dari BNS (kontraktor kapal) boleh berubah keputusan tolak rekabentuk Sigma kapal perang, tetapi pilih rekabentuk Gowind kapal ronda.


"Kita perlu buat laporan polis hal ini, minta polis siasat berdasarkan laporan audit," katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mahu rakyat yang mendengar ceramah pada malam itu agar menjadi penghasut kepada kawan kawan dan jiran jiran untuk keluar mengundi pada PRU 15 dan sekali lagi membuat perubahan bagi menjadikan Malaysia lebih baik.


"Ceramah sahaja tidak cukup, twitter, instagram tak cukup, bila hari mengundi nanti kita sahaja yang keluar. Maka tuan puan saya sarankan ingatlah kejayaan kita 2018, sama sama lakukan detik bersejarah ubah hala tuju negara.


"Kita nak pastikan Malaysia diletakkan pada hala tuju yang lebih adil untuk kita semua


"Itu hanya berlaku bila hari mengundi kita keluar beramai ramai tolak BN dan PN. Kenapa perlu tolak PN, sebab yang sakau duit dulu dalam Umno kini mereka dalam Bersatu. Itu yang kita selalu cakap 2 x 5 'kong kali kong' punya orang. BN atau PN dua dua tak boleh pakai.


"Yang benar benar akan bangkit untuk martabatkan rakyat ialah PH. Tugas hakiki kita untuk hasut rakyat keluar mengundi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page