top of page

Lepas Azmin, Sanusi tolak, Rafizi cabar Ahli Parlimen Bachok debat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 31, 2023
  • 1 min read


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menghantar surat pelawaan kepada Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.


Tindakan itu susulan cabaran berdebat dilontarkannya kepada bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditolak.


Melalui surat yang dihantar ke Pejabat Pusat Khidmat Pejabat Ahli Parlimen Bachok itu pada Ahad, Rafizi mencadangkan supaya debat itu diadakan pada 9 Ogos atau pada tarikh lain sebelum hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu 12 Ogos.


Rafizi sementara itu turut menetapkan agar tarikh debat itu harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta disiarkan secara langsung di media arus perdana.


Untuk rekod, Rafizi pada awalnya mencadangkan supaya Mohamed Azmin berdebat dengannya bagi membuktikan situasi ekonomi ketika era pentadbiran Mahiaddin Yassin lebih baik berbanding ketika ini.


Azmin bagaimanapun meletak beberapa syarat yang kemudian dianggap Rafizi sebagai alasan untuk tidak berdebat.


Ahli Parlimen Pandan itu kemudiannya mencabar Sanusi, Pengarah Pilihan Raya PN itu kemudian menolak cabaran Timbalan Presiden KEADILAN untuk berdebat secara langsung ketika kempen PRN nanti.

"Saya akan berterusan mempelawa wakil PN untuk berdebat kerana budaya itu perlu dibawa demi pembaharuan negara.


"Ditambah pula dengan tokoh-tokoh daripada PN berkali-kali memainkan sentimen yang tidak berasas mengenai ekonomi negara sedangkan inflasi sudah turun, prestasi pasaran saham baik, tetapi mereka masih membohongi rakyat dan mengulangi benda tidak betul," kata Rafizi dipetik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page