top of page

Lembah Klang segera bina, bila pula lebuh raya Pasir Gudang?



Kerajaan Persekutuan bersikap tidak adil apabila segera meneliti keperluan membina lebuh raya baharu untuk mengatasi kesesakan di bandar Klang namun tidak berbuat demikian di negeri lain.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Kerajaan Persekutuan seharusnya melihat keperluan untuk membina lebuh raya baharu di negeri maju lain seperti Johor dengan kadar segera.


Hassan mengulas kemungkinan pembinaan lebuh raya baharu di Bandar Klang yang menghadapi kesesakan kronik ketika ini.


"Kerajaan Persekutuan perlu adil. Pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang untuk tangani kesesakan, menasabah boleh diterima.


"Tetapi bagaimana di Pasir Gudang? Lebuh raya Pasir Gudang sekarang, sesak, berlubang, rosak di sana sini, kerja naik taraf tidak siap-siap sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 hingga nak sampai PRU15. Ini tidak adil bagi Rakyat di Pasir Gudang," katanya.


Hassan tidak berpuas hati dengan sikap membisu Kementerian selepas beliau membangkitkan keperluan membina lebuh raya baharu di Pasir Gudang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.


"Saya sudah bangkitkan di Parlimen supaya bina satu lagi lebuh raya menghubungi Pasir Gudang dengan Johor Bahru, Skudai dan Iskandar Puteri.


"Namun cadangan saya itu ditolak oleh Kerajaan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page