ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon berganding bahu dengan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim bagi membantu mangsa banjir di Kg Machang Bubok dan Kg Bukit Teh sehingga jam 1 pagi.
Katanya, sebanyak 200 burger, 400 pek nasi goreng dan mee goreng disediakan untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.
"Terima kasih kepada bomba, polis, JKM, Pejabat Daerah Tanah SPT, MPKK dan sukarelawan yang turun untuk membantu serta mengedarkan makanan kepada mangsa banjir.
"Musibah banjir merupakan ujian kepada kita semua. Namun kerajaan sendiri perlu memberikan perhatian serius serta mengambil langkah pencegahan yang berkesan," katanya.
Pada masa sama, Khai Loon berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukkan RM10 juta untuk membuat kajian tebatan banjir di kawasan Machang Bubok dan Kulim Bandar Baharu di sebelah Kedah.
"Saya berharap kerajaan akan meneruskan projek ini agar masalah banjir di kawasan Machang Bubuk dapat ditangani dengan baik.
"Semoga semua keluarga yang terkesan tabah berdepan dengan ujian musibah banjir ini," katanya.
Comments