top of page

Lebuhraya Pasir Gudang: Kerosakan parah, Ahli Parlimen rayu baiki segera



Lebuhraya Pasir Gudang semakin parah kerosakannya selepas musim tengkujuh yang berlarutan sejak November 2022 lalu.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim merayu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Persekutuan campurtangan untuk segera membaikinya.


Menurut Hassan, lubang yang besar di beberapa bahagian lebuhraya itu amat merbahaya terutama kepada penunggang motorsikal yang menggunakan laluan tersebut pada waktu malam.


Malah, ujarnya, sekiranya tidak diturap lubang pada permukaan jalan akan semakin membesar dan boleh menyebabkan kemalangan maut.


"Saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang mohon dengan jari sepuluh kepada JKR Daerah Johor Bahru, Pegawai Daerah Johor Bahru, Exco Kerjayaraya Negeri Johor, Menteri Kerjaraya Kerajaan Persekutuan dan akhir sekali kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Tolonglah perbaiki keadaan lebuhraya Pasir Gudang ini yang semakin teruk," kata Hassan dalam satu kenyataan.

Lubang membahayakan penunggang motorsikal

Beliau turut menyertakan beberapa gambar foto yang menunjukkan tidak wajar lebuhraya tersebut terus dilalui kenderaan dengan had laju standard melebihi 90 km sejam, terutama pada arah Perking ke Pasir Gudang dan Susur Ke Jalan Tebrau.


"Keadaan lebuhraya yang berlubang serta berbahaya ini bukan di situ sahaja tetapi di banyak tempat lain.


"Saya sebagai Ahli Parlimen telah suarakan masalah ini bertahun-tahun sejak 2018, di dalam Parlimen, di dalam media masa, di dalam suratkhabar arus perdana dan pernah membuat live FB di atas lebuhraya yang rosak itu, tetapi tidak ada kesannya. Seperti mencurah air di daun keladi.


"Kalau semua agensi Kerajaan dan pemimpin tak ambil peduli kepada warga awam termasuk rakyat Pasir Gudang yang terkorban mati di lebuhraya yang kini seperti perangkap maut. Maka, saya menyusun jari memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengarlah rayuan saya ini," katanya lagi.


Lebuhraya Pasir Gudang diberitakan akan dinaiktaraf pada tahun lalu. Bagaimanapun pembaikan segera kerosakan perlu dilakukan sepanjang masa agar tiada kemalangan berlaku.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page