top of page

Lebih satu perempat dari RM2.2 bilion belanjawan untuk program kebajikan


Lebih satu perempat daripada RM2.2 bilion Belanjawan 2021 Selangor dibelanjakan bagi program kebajikan.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, peruntukan yang begitu besar dibelanjakan adalah bagi memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menikmati bantuan.


"Secara asasnya sejak dari 2008 Kerajaan Selangor telah memperkenal program-progam kebajikan yang mana dari tujuh program ia berkembang hingga kepada 33 program ketika ini.


"Kita ada pelbagai program antaranya air percuma, kemudian ada program baru seperti RiDE (Roda Darul Ehsan) dan program AnIS (Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor) untuk anak kurang upaya," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.


Tambah Amirudin, Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM80 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 untuk menyediakan pinjaman mudah kepada 50,000 peniaga kecil bagi tujuan mengembangkan perniagaan.


“RiDE sebagai contoh, ia satu usaha memastikan anak muda mendapat bantuan dan sokongan untuk mendapat lesen motosikal selain dapat berniaga dalam bidang e-panggilan.


“Pakej Kita Selangor 2.0 juga melihat kepentingan pekerjaan, justeru kita buat Selangor Freelance, Selangor Rakan Digital dan Selangor Kerjaya kerana kita jangka ramai yang mungkin hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19,” katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page