top of page

Lebih RM100 juta peruntukan bantu agamawan di Kelantan



Sejumlah RM103.86 juta telah disediakan Kerajaan Perpaduan khusus kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Kelantan tahun ini.


Berucap pada Program Madani Ulama dan Umara Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu membabitkan 1,170 orang imam dengan jumlah peruntukan RM11.9 juta dan elaun guru takmir seramai 341 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.68 juta.


"Bayaran khas sebanyak RM600 secara ‘one-off’ diteruskan pada tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di Kelantan membabitkan seramai 2,605 penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.56 juta.


"Manakala, jumlah peruntukan elaun guru Kafa pula adalah sebanyak RM82.79 juta yang melibatkan seramai 5,470 orang," katanya.


Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan imam, bilal, siak dan guru takmir di Kelantan juga diteruskan.


Di bawah pakej itu, kerajaan jelasnya akan membayar caruman sebanyak RM232.80 seorang membabitkan seramai 2,605 orang dengan jumlah peruntukan RM606,444 setahun.


"Kerajaan juga secara jelas mahukan agensi Islam menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pengurusan dan tatakelola. Ini adalah cabaran yang mesti kita sahut bersama samada di peringkat persekutuan termasuk juga di peringkat negeri-negeri.


"Umpamanya dalam aspek pengurusan kewangan serta tatakelola pentadbiran hal ehwal Islam yang berintegriti perlu dititikberatkan oleh kita semua. Kita tidak mahu terlibat dalam sebarang salah laku," katanya.


Pada ucapan itu juga Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM2.65 juta melalui Sumbangan Bantuan Musibah Negeri Kelantan.


"Bagi bantuan bina baharu rumah kediaman sebanyak RM829,225, bantuan bagi baik pulih rumah kediaman sebanyak RM1.53 juta, bantuan baik pulih masjid dan surau RM278,700 dan baik pulih institusi pendidikan pula RM10,000," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page