top of page

Lebih baik Tun M tepati janji, sokong Anwar PM 9



Kemelut politik negara akan selesai dengan mudah sekiranya formula penyerahan kuasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) diaktifkan semula.


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, daripada parti Pejuang mencadangkan Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) interim ketika Tan Sri Muhyiddin enggan meletak jawatan, menyokong Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 adalah lebih berbaloi dan akan mengharumkan semula nama negarawan itu.


"Umum mengetahui Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim ketika PH masih berkuasa. Namun janji itu gagal ditunaikan.


"Walaupun PH sudah tidak lagi memerintah, namun janji yang dimeterai sebelum ini masih boleh dicapai jika Tun menzahirkan sokongan terhadap Anwar.


"Sokongan tersebut dilihat memadai sebagai isyarat bahawa Tun seorang yang menepati janjinya," kata Syed Badli dalam satu kenyataan.


Menurut Syed Badli lagi, sokongan Tun Mahathir juga akan mempercepatan peralihan kuasa dengan memperlihatkan Anwar menerima dukungan padu dari sebahagian besar paksi politik di Malaysia.


Namunnya, kata Syed Badli, jika peluang yang terbuka ini tidak diambil maka rakyat akan mengenang Tun sebagai sosok yang tidak boleh dipercayai dan khianat pada hujung hayat politiknya.


"Jika Tun bersikap sebaliknya, rakyat akan menilai Tun sebagai seorang yang mungkir janji, hipokrit dan tidak boleh dipercayai.


"Sebagai seorang lagenda politik tanah air, tentunya nama Tun akan tercemar jika Tun dilihat sebagai pemimpin yang gagal menepati janji," katanya lagi.


Kemelut politik tanah air bertambah rumit sejak beberapa hari ini apabila tersebar gambar pertemuan Tengku Razaleigh Hamzah bermasa Tun Mahathir yang menimbulkan spekulasi Tun turut masuk dalam persaingan untuk menjadi PM.


Biar pun sebelum ini Tun bersikap berkecuali dan tidak menyatakan sokongan sama ada kepada Anwar mahu pun Muhyiddin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page