top of page

Lebih baik MCA turunkan 50% harga rumah PR1MA sebelum tawar diskaun rumah Selangorku



Janji yang dikeluarkan MCA Selangor konon mahu menurunkan harga rumah mampu milik di negeri itu andainya menang pilihan raya akan datang sepatutnya dibuktikan oleh mereka di peringkat Persekutuan.


Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat menyeru supaya MCA menunjukkan keupayaan mereka menurunkan harga rumah PR1MA dan RUMAWIP di bawah Kerajaan Persekutuan sebelum bertekad mahu menurunkan harga rumah mampu milik di Selangor sebanyak 50%.


"MCA selaku sebahagian daripada parti komponen Kerajaan BN-PN harus menurunkan harga rumah PR1MA dan RUMAWIP sebanyak 50% terlebih dahulu sebagai langkah menyelesaikan masalah rumah mampu milik yang tidak terjual di bawah kawalan kerajaan pusat," katanya.


Menurut Chua lagi, pada Januari 2022 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican berkata, terdapat sebanyak 7,729 rumah mampu milik di bawah harga RM300,000 tidak terjual di seluruh negara.


Katanya, jika MCA mampu memberi diskaun 50% pastinya rumah rumah tersebut akan laris dan kerajaan boleh membina lebih banyak unit baharu.


"Saya yakin sekiranya Kerajaan BN-PN mengumumkan harga rumah PR1MA dan RUMAWIP dipotong 50%, rakyat menerimanya dengan baik dan masalah rumah tidak terjual dapat diselesaikan," ujarnya.


Sinis beliau, MCA selangor sejak 4 tahun lalu seolah-olah berada dalam keadaan hibernasi selepas kalah teruk di Selangor tetapi kini menjelang PRU15 tiba tiba parti itu muncul dengan pelbagai janji manis yang belum tentu boleh dilaksanakan di negeri atau negara yang mana BN menjadi kerajaan.


"Oleh itu, saya ingin menasihati MCA Selangor supaya mengaji dasar-dasar perumahan Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang ditadbir BN sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan


"Rumah Selangorku di bawah Kerajaan negeri sehingga kini telah diluluskan sebanyak 130,545 unit rumah yang melibatkan 76 projek yang membolehkan rakyat Selangor memilikinya pada masa akan datang.


"Malah sejak 2018 hingga kini sebanyak 24,428 telah berjaya disiapkan dan ditawarkan kepada pembeli, maksudnya permintaan terhadap rumah Selangorku adalah di tahap yang tinggi disebabkan tawaran yang menarik dan harga yang benar benar mampu milik," katanya lagi

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page