Lebih baik buat tugu pengkhianatan Langkah Sheraton - Faizah



Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin mahu membina sebuah tugu peringatan peristiwa runtuhnya kondominium Highland Tower pada 1993 yang meragut 48 nyawa dilihat tidak praktikal.


Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Faizah Ariffin, daripada membina tugu peringatan Highland Tower lebih baik Zuraida mencadangkan pembinaan tugu pengkhianatan Langkah Sheraton, Februari 2020 yang mengorbankan harapan jutaan rakyat Malaysia dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.


"Lebih baik dibina Tugu Peringatan peritiwa pengkhianatan Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti hingga runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan sehingga mengorbankan jutaan harapan rakyat yang telah memberi mandat pada PRU-14 yang lalu.


"Tugu ini bertujuan untuk rakyat kenal siapa petualang sebenar kepada ketidaktentuan politik yang berlaku sekarang ini," katanya sinis.


Menurut Faizah, tugu Highland Tower tidak perlu dibina sebaliknya lebih baik pembangunan menyeluruh di kawasan berkenaan dirancang dan dilakukan.


Zuraida juga, katanya tidak perlu meninggalkan legasi dengan sebuah tugu peringatan, apatah lagi kerusi Parlimen Ampang milik KEADILAN, bukannya individu.


"Lebih-lebih lagi di kawasan Ampang yang selama ini menjadi kerusi Keadilan-PH dan bukannya Zuraida Kamarudin.


"Wanita KEADILAN akan memastikan kerusi Ampang akan terus ditandingi oleh calon wanita dari KEADILAN yang lebih layak untuk menjadi suara kepada rakyat pada PRU-15 nanti," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio