top of page

Lebih baik bersaing dengan kepakaran, bukan sentimen - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4
  • 1 min read

ree

Pentadbiran negeri pembangkang digesa bersaing secara sihat untuk merancakkan ekonomi masing-masing dan bukan menutup kelemahan mereka dengan membuat tuduhan melulu terhadap Kerajaan Persekutuan.


Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi satu kenyataan pada Sabtu berkata, dakwaan pembangkang kononnya kerajaan pusat menganaktirikan negeri pembangkang seperti Kelantan – termasuk dalam soal pengagihan hasil kutipan cukai – merupakan naratif berulang semata-mata untuk membangkitkan sentimen anti kerajaan.


"Satu cara berkempen yang digunakan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) yang cukup berkesan ialah menuduh Kerajaan Persekutuan menganaktirikan mereka.


"Kononnya kutip cukai dari rakyat negeri-negeri yang ditadbir contohnya Kelantan, tetapi tidak dikembalikan sebagai peruntukan untuk pembangunan," katanya.


Rafizi berkata begitu sebagai mengulas gesaan Ahli Parlimen Pasir Putih (Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh) mencabar agar Pas dibenarkan kutip sendiri cukai negeri Kelantan yang kini dibayar kepada kerajaan Persekutuan.


Mengulas lanjut Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menegaskan, cukai yang dikutip adalah berbentuk cukai perniagaan dan pendapatan individu, atau cukai jualan yang berkait dengan kerancakan perniagaan.


Justeru beliau mempersoalkan keupayaan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengutip sendiri cukai yang kini dikutip oleh Kerajaan Persekutuan.


"Agak-agak, kalau Kelantan kutip cukai sendiri, berapa sebenarnya anggaran kutipan cukai dari Kelantan. Adakah masalah pembangunan di Kelantan selesai? Stesen bas KB Sentral akan siap? Masalah air selesai?.


"Jika kerajaan Kelantan tidak berjaya mewujudkan suasana perniagaan yang mesra pelaburan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi, belum tentu Kerajaan Negeri itu dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat


"Sebab itu, lebih baik kita bersaing dengan kepakaran, bukannya bermain sentimen konon Kerajaan Persekutuan memangsakan negeri-negeri pembangkang," tegasnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page