top of page

Lebih 600 penduduk tempatan di Rantau Panjang hadir program JKOM



Program Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terbaharu di rantau Panjang, Kelantan kelmarin dihadiri lebih 600 penduduk tempatan.


Menurut Pengarah JKOM Kawasan Timur, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, program tersebut yang disekalikan dengan Jualan Rahmah turut meringankan beban penduduk di sekitar Kampung Lati dan beberapa kampung berhampiran.


"Program ini bermula dengan aktiviti Jualan Rahmah oleh KPDN dengan nilai jualan promosi bernilai lebih RM10,000 barangan yang terjual dengan harga murah.


"Majlis dirasmikan oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, antara aktiviti dalam program tersebut adalah Taklimat Peluang Perniagaan MARA, Taklimat Kesalahan Jenayah oleh pihak polis, Taklimat Malaysia Madani Mengikut Perspektif Islam, program derma darah dan permainan Suppa Duppa bagi kanak-kanak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page