Lebih 500 terima sumbangan hari raya Ahli Parlimen Wangsa Maju



Lebih 500 penduduk dari segenap pelusuk Wangsa Maju hadir ke Majlis Sumbangan Hari Raya Keluarga Asnaf Parlimen Wangsa Maju kelmarin.


Sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Andre Lai, sebanyak RM 100,000 telah diperuntukkan untuk sumbangan berkenaan.


"Sumbangan ini adalah yang paling besar dan julung kali diadakan di Wangsa Maju.


"Sumbangan ini untuk membantu keluarga-keluarga yang terkesan akibat pandemik dan ekonomi yang masih gawat," katanya.


Penerima terpilih daripada kalangan keluarga B40 yang berpendapatan bawah RM 1500 dan mempunyai tanggungan. Setiap daripada penerima terpilih menerima sumbangan ‘duit raya’ RM 200.


"Kami cuba fahami masalah mereka sekarang, ramai yang kini menganggur. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tapi saya berharap dapat meringankan beban mereka.


"Kita mahu Aidilfitri tahun ini kembali bermakna, kita mahu lihat anak-anak mereka tersenyum riang dan gembira menyambut Syawal yang bakal tiba. Itu sudah cukup memuaskan hati saya," katanya lagi.


Selain itu, tambah Andre, Ramadan ini juga turut diisi dengan program Jelajah Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Wangsa Maju. Setakat ini katanya sebanyak 15 buah kawasan telah pun menganjurkan majlis tersebut.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER