top of page

Lebih 500 pelajar hadir Bicara Eksekutif Karamah Insaniah di Putrajaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli mengupas mesej Karamah Insaniah dalam konteks Hijrah Rasulullah SAW
Dr Zulkifli mengupas mesej Karamah Insaniah dalam konteks Hijrah Rasulullah SAW

Lebih 500 orang pelajar serta guru dari sekitar Putrajaya dan Kajang hadir memeriahkan Bicara Eksekutif Karamah Insaniah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bersama barisan pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walaupun mempunyai jadual padat termasuk program di Utara tanah air, beliau tetap meluangkan masa mendengar sesi bicara yang menekankan nilai insaniah dalam pembinaan sahsiah pelajar.


Penceramah utama, Dr Zulkifli Hassan, mengupas mesej Karamah Insaniah dalam konteks Hijrah Rasulullah SAW dengan mengaitkan kepentingannya terhadap cabaran era pasca normal, termasuk isu kehilangan empati dan kemanusiaan yang kerap berlaku, seperti kes buli di sekolah.


"Saya mengupas mesej Karamah Insaniah dalam konteks Hijrah Rasulullah SAW. Mengaitkan kepentingannya dengan cabaran era pasca normal. Saya sentuh sedikit keadaan manusia yang semakin hilang empati dan kemanusiaan seperti dalam kes buli di sekolah.


"Saya juga menceritakan kisah sahabat Abu Zar Radiyallahu‘anhu yang ditegur keras oleh Rasulullah SAW kerana masih mengamalkan sikap jahiliyah iaitu menyakiti hati Bilal yang berkulit gelap. Menyentuh tentang adab dan akhlak serta peri pentingnya pembinaan karakter," kata beliau.


Dr Zulkifli turut menegaskan bahawa generasi muda perlu dipupuk dengan nilai kasih sayang, bukan kebencian.


"Saya sudahi perkongsian dengan mengajak semua jemaah untuk sama-sama membaca hadis bil mahabbah wa rahmah.


"Saya menyeru kepada semua untuk elak menyebarkan fitnah dan kebencian, sebaliknya bersama menyuburkan kedamaian dan keharmonian," katanya.


Program yang dianjurkan KPM itu diakhiri dengan bacaan hadis bil mahabbah wa rahmah, sebagai simbolik komitmen membina generasi berakhlak mulia dan berjiwa patriotik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page