top of page

Lebih 15,000 hadiri program Selawat bersama PM



Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi dibanjiri lebih 15,000 umat.


Walaupun hujan lebat sejak petang, rata-rata mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk berada dalam program itu yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar pukul 7.53 malam diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.


Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin Imam Masjid Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki sebelum disusuli program selawat dan qasidah oleh Syabab EI-Mustofawiyah yang menjadi johan Festival Qasidah tahun lepas.


Perdana Menteri kemudian berada di atas pentas untuk sama-sama mengalunkan selawat Nuril Anwar dalam program bertemakan Mahabbah Rasullulah Asas Kejayaan Malaysia Madani itu.


DS Anwar bersama tokoh ulama terkenal Nusantara

Program dianjurkan Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menampilkan tokoh agama antaranya johan qari antarabangsa, Amirahman Abbas dan Sheikh Razak al-Masri yang akan bersama-sama mengalunkan selawat.

Pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar turut dijemput menyampaikan ceramah dan tausiyah dalam program tersebut.


Orang ramai memenuhi stadium Cheras biar pun hujan lebat sejak petang

Sementara itu, Perdana Menteri meminta agar program berbentuk selawat, munajat, majlis ilmu kerap diadakan selaras dengan konsep Malaysia Madani.


Madani itu sendiri jelasnya membawa maksud kepada sebuah kerajaan bertamadun dan program berkonsep keagamaan merupakan langkah yang perlu terus dilaksanakan di negara ini.


"Majlis munajat dan berselawat termasuk majlis ilmu bagi saya sepatutnya diterapkan. Jika dihayati konsep Malaysia Madani itu sendiri, ia membawa pengertian negara ini bertamadun yang dijanakan dengan perpaduan.


"Seharusnya kita memanfaatkan kekuatan perpaduan dan persatuan itu untuk mengangkat martabat insaniah, ekonomi, ilmu, pendidikan dan sosial," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page