top of page

Lebih 10,000 jemaah hadiri Kuliah Subuh Madani bersama Habib Umar, PMX

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 19
  • 1 min read

DS Anwar menghadiahkan al-Quran Mushaf Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr kepada Al-Habib Umar
DS Anwar menghadiahkan al-Quran Mushaf Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr kepada Al-Habib Umar

Suasana penuh keberkatan menyelubungi Masjid Putra, Putrajaya baru baru ini apabila lebih 10,000 jemaah membanjiri program “10,000 Jiwa, Satu Doa: Subuh Madani Bersama Al-Habib Umar & PMX” yang menampilkan ulama tersohor dari Yaman, Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafez.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hassan, program tersebut bermula dengan Qiyamulail dan diikuti Kuliah Subuh Madani yang disampaikan oleh Al-Habib Umar, turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.


"Suasana sangat meriah dengan kehadiran lautan jemaah. Walaupun hari bekerja, ribuan hadir mengimarahkan masjid dalam program Qiyamulail dan Kuliah Subuh Madani kali ini. Hebat aura Al-Habib Umar," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, penyertaan luar biasa itu mencerminkan semangat Madani yang semakin subur dalam masyarakat — menyatukan rakyat pelbagai latar belakang di bawah nilai keimanan, keilmuan dan kebersamaan.


"Al-Habib Umar diakhir kuliah membimbing bacaan doa mendoakan untuk Malaysia dan PMX seluruh pimpinan dan umat Islam," ujar beliau.


Sebagai simbol penghargaan, PMX turut menghadiahkan al-Quran Mushaf Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr wa al-Basri kepada Al-Habib Umar tanda penghormatan atas sumbangan besar beliau dalam menyebarkan ilmu dan dakwah.


Zulkifli turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjuran program tersebut yang menjadi lambang penyatuan ummah dan komitmen kepimpinan Kerajaan Madani dalam memperkukuh spiritual rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page