Lebih 1,400 doktor kontrak letak jawatan, kerajaan BN gagal



Kerajaan BN terbukti gagal membela kebajikan para doktor kontrak, menyebabkan 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak itu meletakkan jawatan sejak 2017 lalu.


Dalam jawapan di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, jumlah itu membabitkan 110 orang pada 2017, 168 orang (2018), 475 orang (2019), 511 orang (2020) dan 514 orang (dari Januari hingga November 2021).


"Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.


"Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya pada sesi soal jawab, semalam.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanya mengenai statistik bilangan pegawai perubatan siswazah meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER