
Lebih 1,000 keluarga di kawasan Api-Api menerima bantuan makanan dalam fasa kedua penyaluran sumbangan Kerajaan Negeri Sabah menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 2,000 keluarga sejak ia dilaksanakan bulan Mac lalu. Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew (kiri sekali) berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan sudah menyalurkan bantuan keperluan harian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Api-Api. “Kita memberikan keutamaan kepada mereka yang sakit, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, penjaja dan mereka yang bergantung dengan gaji harian serta individu kurang bernasib baik yang lain,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Christina yang juga ADUN Api-Api telah menyerahkan bantuan makanan kepada wakil-wakil kawasan di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Api-Api. Pengedaran bantuan itu khusus kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan PKP yang dipanjangkan sehingga 12 Mei ini. Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan ke rumah-rumah masyarakat B40 di sekitar Api-Api.
Comentários