top of page

Layan ahli parlimen PN, PH sama rata

Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir melahirkan rasa kurang senang di atas layanan yang diterima Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang disiasat di bawah Seksyen 186 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika beliau cuba menghadiri mesyuarat menangani wabak Covid 19 bersama beberapa agensi kerajaan.


Layan ahli parlimen PN, PH sama rata

Menurut Akmal, Prabakaran tidak wajar dihalang daripada menghadiri mesyuarat bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu memandangkan kawasan Taman Sri Murni yang terjejas berada di dalam Parlimen Batu dan telah dikategorikan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan (PKPD).


"Selaku Ahli Parlimen kawasan, beliau seharusnya diberi ruang untuk terlibat dan memberi pandangan berdasarkan maklumat-maklumat 'ground'.


"Walaupun telah dihalang menghadiri pertemuan tersebut dan berlaku pertelingkahan, beliau telah meninggalkan lokasi dengan baik.


"Kenyataan Menteri Kanan sebelum ini bahawa semua Ahli Parlimen boleh meneruskan khidmat dengan mematuhi SOP, dalam hal ini perlu dijadikan panduan," kata Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).


Menurutnya lagi, Prabakaran yang juga Ketua AMK Wilayah Persekutuan, dalam kejadian berkenaan tidak hadir membawa rombongan yang besar, malah beliau masuk ke bilik mesyuarat tidak menggunakan kekerasan.


Tambah Akmal, realitinya sehingga kini, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) terpaksa berikhtiar sendiri serta tidak dilibatkan dalam perbincangan dan penyelerasan pengurusan bantuan Covid 19 di kawasan masing-masing.


"Saya menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri berkenaan bahawa Perikatan Nasional (PN) dan PH perlu bekerjasama untuk berkhidmat kepada masyarakat.


"Hal ini memang ditekankan dan teramat penting dalam keadaan kita memerangi Covid19, membantu rakyat menghadapi PKP serta merangka perancangan pasca PKP.


"Maka, kerajaan perlu mengambil peluang ini sebaik-baiknya dan bukan sekadar retorik kosong untuk bersikap lebih jujur dan bertanggungjawab,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page