top of page

Lawatan Turkiye: Anwar sampaikan syarahan, bertemu pemikir tersohor



Lawatan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye begitu bermakna apabila disambut kalangan cedekiawan di negara berkenaan.


Semalam dalam acara tahunan Summer School IIIT di Kırklareli, beliau bersama penulis dan pemikir tersohor, Atasoy Müftüoğlu cuba merungkai kegersangan pemikiran umat Islam yang tidak kritis dan lesu terhadap persekitaran.


"Saya bersama penulis dan pemikir tersohor, Atasoy Müftüoğlu cuba untuk mencerakinkan apakah punca kegalauan pemikiran dalam masyarakat semasa.


"Usaha ini sukar, namun beliau berpendapat bahawa memperbetul pandangan sarwa berpandukan nilai akhlak dan prinsip itu amat penting buat meluruskan sikap tidak kritis yang seringkali menjadi punca kepada kekeliruan dan ketaksuban," katanya.


Pandangan Anwar dalam bidang politik, pentadbiran dan etika amat dihargai di peringkat antarabangsa

Sebelum itu, Anwar diminta menyampaikan syarahan berkaitan falsafah keadilan kepada karyawan fakulti dan mahasiswa di Universiti İbn Haldun, Başakşehir.


"Saya mempopularkan karya Munyatul Musolli oleh Shaykh Daud al-Fatani yang mengungkap soal keadilan selepas berbicara tentang solat dan mengajak hadirin untuk sama-sama menelaahnya.


"Saya juga teruja mengetahui sebahagian daripada mahasiswa di sini merupakan lulusan daripada universiti tempatan kita," katanya.


Lawatan Anwar dan bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Turkiye atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdoğan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page