top of page

Lawatan Thailand: PM puas hati perkukuh ekonomi, pelaburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 10, 2023
  • 1 min read



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan hasil lawatan beliau dan delegasi Malaysia ke Thailand sejak Khamis.


Beliau teruja perbincangan menyentuh pelbagai bidang terkait ekonomi, pelaburan serta isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama.


"Saya yakin isu-isu yang dibangkitkan semasa lawatan ini akan terus diperhalusi oleh agensi dan kementerian yang berkaitan kedua-dua negara.


"Semoga hubungan kedua-dua negara terus segar merentas pelbagai lapangan, InsyaAllah," katanya dalam catatan di Facebook sebelum pulang ke tanah air petang tadi.


DS Anwar berdialog bersama badan dan pertubuhan Islam di Bangkok

Sebelum itu, Anwar pada sebelah tengah hari menunaikan solat Jumaat di Masjid Bangkok.


Pihak pengurusan majlis menjemput beliau untuk menyampaikan ucapan ringkas.


"Pihak pengurusan majlis mengundang saya menyampaikan ucapan ringkas seusai solat Jumaat.


"Saya sebut bahawa Allah SWT menjadikan manusia berbilang bangsa dan kaum supaya kita kenal antara satu sama lain selain menyemarak sikap rahmah dan kasih sayang," katanya lagi.


Beliau juga berkesempatan bertemu badan penggerak Islam Bangkok. Anwar berharap hubungan tersebut akan terus diperkukuh dan berterusan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page