
Kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Parlimen Malaysia semalam amat bersejarah dalam rangka semangat kerjasama antara Parlimen kedua dua negara
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang menjadi perwakilan parti menyambut kedatangan Pelosi, kunjungan itu memberi kesempatan membincangkan pelbagai perkara bagi mengeratkan lagi hubungan antara negara.
"Perbincangan merangkumi isu perubahan, krisis iklim, perdagangan, pemerdagangan manusia, reformasi institusi, dan hak asasi manusia.
"Tan Sri Yang di-Pertua menegaskan beberapa perkara dalam mempertingkat hubungan di antara Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan US House of Representatives, termasuk melalui kaukus di antara wakil-wakil rakyat," katanya.
Pelosi disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun serta rakan-rakan Ahli Dewan Rakyat di bangunan Parlimen semalam.