top of page

Lawatan Presiden Jerman: Sektor sawit, LNG dibincangkan



Kunjungan Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier ke Malaysia dan bertemu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan perbincangan yang konkrit dalam hubungan dua hala dan perdagangan.


Dalam ucapan selepas perbincangan rasmi delegasi Jerman - Malaysia petang semalam Anwar berkata kedua dua negara bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama teknologi dan perdagangan.


Delegasi Jerman bermesyuarat bersama pemimpin Malaysia di Pejabat Perdana Menteri

"Saya mengalu-alukan minat Jerman bekerjasama dengan Malaysia dalam biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim. Kita boleh memulakan kerjasama ini dengan memfokuskan kepada sektor tenaga dan pengurusan sisa.


"Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia prihatin terhadap pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), yang menyasarkan komoditi ini dan lain-lain seperti kayu, koko dan getah.


"Saya telah berkongsi dengan Tuan Yang Terutama Presiden bahawa mulai 1 Januari 2020, Malaysia telah menguatkuasakan pelaksanaan mandatori pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kepada industri minyak sawit


"Malaysia berminat untuk mengeksport minyak sawit yang lebih mampan ke Jerman, dan berharap minyak sawit akan menjadi eksport komoditi utama baharu ke Jerman," katanya dalam kenyataan.


Mengenai konflik Rusia - Ukraine yang menyebabkan harga bahan bakar seperti minyak dan gas melambung Anwar menawarkan gas asli cecair (LNG) dari syarikat petroleum Petronas untuk memasuki pasaran Jerman mulai 2025 menggantikan bahan bakar dari Rusia yang tidak lagi boleh diimport negara itu akibat polisi Kesatuan Eropah.


"Selain LNG, Petronas melalui anak syarikatnya GENTARI, kami juga berminat untuk meneroka penyelesaian karbon rendah dengan rakan kongsi berpotensi dalam ruang boleh diperbaharui, hidrogen dan mobiliti hijau.


"Ringkasnya, Malaysia terbuka kepada peluang untuk bekerjasama dengan Jerman dalam sektor ini, terutamanya dari segi membangunkan kepakaran, perkongsian pengetahuan dan pembinaan kapasiti," katanya.


Selain itu, PM juga menyentuh mengenai isu Islamofobia yang membimbangkan di Eropah. Katanya, trend tersebut menjejaskan keamanan global, keharmonian sosial dan keselamatan.


"Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Jerman memerangi sikap tidak bertoleransi, stereotaip negatif, stigmatisasi, diskriminasi dan hasutan kepada keganasan.


"Saya telah menyebut kepada Tuan Yang Terutama Presiden, inisiatif saya, untuk menghantar 1 juta naskhah Al-Quran ke seluruh dunia dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang Islam sebagai agama keamanan seperti yang ditranskripsikan dalam Al-Quran," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page