
Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Selepas kejayaan meraih potensi pelaburan sejumlah RM11 bilion di United Kingdom (UK), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Belgium, satu lagi negara dalam Kesatuan Eropah (EU).
Sama seperti di UK, lawatan PMX dua hari ke Belgium telah berjaya mencapai hasil yang amat membanggakan buat Malaysia.
Antara kejayaan PMX termasuklah kesepakatan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA).
Sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri di laman sosialnya, kesepakatan itu menggambarkan komitmen Malaysia untuk melonjakkan lagi kerjasama dan persahabatan dengan EU, yang merupakan rakan dagangan Malaysia keempat terbesar dengan jumlah dagangan bernilai RM218.54 bilion pada tahun tahun lalu.
Dalam perbincangan Anwar dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Coro, kedua-dua pemimpin mencapai beberapa persetujuan secara bersama.
Sepakat tingkat kerjasama ekonomi
Antara lain, mereka sepakat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, industri halal, pendidikan tinggi, inovasi dan digital.

Berkaitan konflik antarabangsa, kedua-dua pemimpin menyambut baik gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas, bersetuju konflik di Ukraine perlu diselesaikan secara aman serta menyokong penyelesaian konflik Myanmar menerusi Konsensus Lima Perkara (5PC).
Selain itu, Anwar dan De Coro juga sama-sama setuju untuk meningkatkan lagi kerjasama EU-ASEAN bagi manfaat sejagat.
Ternyata PMX dengan bijaknya telah menggunakan seluas-seluas ruang serta peluang yang ada sewaktu bertemu ketua negara bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat yang dapat memberi memanfaat rakyat Malaysia.
Selain merapatkan persahabatan, ekonomi negara dapat dipertingkatkan dengan kejayaan menarik lebih banyak syarikat gergasi dari negara tersebut untuk melabur di Malaysia.
Keakrapan hubungan PMX dengan ketua negara yang telah dikunjungi itu akan membentuk sinergi kerjasama ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat.
PMX yang juga pengerusi ASEAN, telah berjaya mengharumkan lagi nama Malaysia ke persada dunia yang pastinya membanggakan rakyat negara ini.
_____________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments