top of page

Lawatan PM terbaharu bawa pelaburan RM12.8 bilion ke Malaysia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 22, 2024
  • 1 min read

ree

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir, Peru dan Brazil baru baru ini berjaya membawa pulang kira kira RM12.8 bilion nilai pelaburan.


Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, lawatan itu juga mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan rantau Timur Tengah, negara Amerika Latin dan Afrika.


"Manfaat lawatan termasuk pelaburan bernilai RM12.8 bilion dan pembukaan peluang pasaran baharu serta pengukuhan hubungan diplomatik," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.


Malaysia juga beroleh manfaat daripada perkongsian teknologi baharu mengenai tenaga boleh diperbaharui bersama negara Amerika Latin termasuk industri konvensional berasaskan bahan api karbon sebagaimana diteroka syarikat petroleum negara, Petronas.


"Selain itu juga terdapat perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, automotif serta pensijilan halal.


"Juga penubuhan ekosistem baharu untuk memperluas akses pasaran Malaysia di Amerika Latin dan Afrika Utara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page