top of page

Lawatan PM membuahkan hasil bermanfaat bagi Malaysia - Brunei

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 25, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi diraikan dalam Majlis Santapan Rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien sempena lawatan 2 hari beliau ke negara itu.


Anwar dalam ucapannya pada majlis itu menghargai perbincangan dan hasil lawatan beliau yang menguntungkan kedua dua negara.


"Dalam ucapan, saya zahirkan penghargaan kerana lawatan pada kali ini membuahkan hasil yang pastinya membawa manfaat bersama kepada kedua-dua buah negara.


"Saya juga bangkitkan mengenai Rundingan Pemimpin Tahunan (Annual Leaders’ Consultation – ALC) yang menjadi wadah utama bagi kedua-dua pemimpin negara membincangkan isu-isu berkepentingan bersama," katanya.


PM menzazirkan penghargaan di atas hubungan akrab dan persahabatan dua negara

PM dalam pada itu mengundang sekali lagi Sultan Brunei ke Malaysia untuk menghadiri ALC ke 24 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun ini.


"Saya turut menzahirkan ucapan tahniah ke atas Paduka Seri Baginda Tuanku dan Kerajaan Negara Brunei Darussalam serta seluruh rakyat di atas Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan kali ke-39 tidak lama lagi," katanya lagi.


Anwar turut mendoakan agar negara Brunei Darussalam kekal menikmati kemakmuran, kesejahteraan dan rakyatnya hidup aman sejahtera di bawah naungan Sultan Hassanal Bolkiah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page