top of page

Lawatan PM keluar negara berjaya tarik pelaburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 11
  • 1 min read
Pertemuan PM  dengan pemimpin anggota kerjasama antara negara BRICS berjaya teroka pasaran baharu
Pertemuan PM dengan pemimpin anggota kerjasama antara negara BRICS berjaya teroka pasaran baharu

Pembangkang sering dilihat cuba mengambil kesempatan memutarbelit fakta untuk menanam persepsi negatif pada setiap kali sesi lawatan perdana menteri ke luar negara.


Seorang ahli parlimen pembangkang baru-baru ini misalnya, menyindir kononnya lawatan rasmi Anwar ke Itali dan Perancis sekadar untuk ‘tunjuk gaya’ tetapi tidak memperolehi apa apa.


Bagaimanapun, sindiran itu dibidas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi. Katanya, pemimpin pembangkang itu berminda sempit serta gagal memahami cabaran geopolitik serta geoekonomi semasa yang memerlukan kehadiran aktif Malaysia di pentas dunia.


Sebagai rekod, lawatan perdana menteri baru-baru ini menjana potensi melebihi RM8 bilion di Itali, manakala anggaran potensi pelaburan di Perancis mencecah kira-kira RM4 bilion.


Anwar mengakhiri siri lawatan tersebut di Brazil, bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS 2025 di Brazil, suatu langkah penting memperluas jaringan strategik Malaysia di peringkat global serta memperkukuh kerjasama blok ASEAN dan BRICS.

Sementara itu ahli ekonomi Ahmed Razman Abdul Latiff pula menegaskan, dalam landskap ekonomi antarabangsa yang pantas berubah dan Malaysia tidak boleh terus bersikap pasif sebaliknya perlu mengukuhkan dasar luar agar kekal berdaya saing.


"Keterlibatan aktif Malaysia dalam BRICS dan pelbagai forum ekonomi serantau bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan limpahan ekonomi kepada rakyat.


"Ini bukan sekadar lawatan simbolik, tetapi pelaburan masa depan yang memberi mesej jelas bahawa Malaysia mahu membentuk ekonomi global yang lebih seimbang dan inklusif," katanya dipetik.


Justeru beliau menegaskan, usaha diplomasi yang diatur Kerajaan MADANI harus dilihat sebagai strategi penting demi kelangsungan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page