top of page

Lawatan PM ke UAE bawa pulang pelaburan RM40.6 bilion

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7, 2023
  • 1 min read

Updated: Oct 7, 2023



Malaysia berjaya menjana pelaburan berjumlah RM40.6 bilion hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara kaya minyak Emiriah Arab Bersatu (UAE)


Pelaburan yang diraih termasuk daripada Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (MASDAR) yang berminat melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia.


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan berkata, pelaburan turut diterima dalam sektor aeroangkasa dan logistik.


"Kami amat berbesar hati kerana walaupun tempoh lawatan kerja yang singkat, kami berjaya meraih pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion. Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE adalah kukuh dan meliputi pelbagai sektor.


"Sejajar dengan misi Push for Net Zero Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), penyelesaian tenaga boleh baharu dan rendah karbon menjadi aspek penting dalam pelaburan sasaran baharu Malaysia," kata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan.


Terdahulu Perdana Menteri menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Masdar .


MoU itu antara lain untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada bagi meningkatkan kerjasama ekonomi mampan Malaysia-UAE untuk meningkatkan aliran pelaburan yang mampan antara kedua-dua negara.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf, PMO

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page