top of page

Lawatan PM ke Türkiye perkukuh kerjasama strategik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

Pertemuan DS Anwar dan sahabat karibnya Erdogan bakal mengeratkan lagi hubungan Malaysia-Turkiye
Pertemuan DS Anwar dan sahabat karibnya Erdogan bakal mengeratkan lagi hubungan Malaysia-Turkiye

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada Presiden Republik Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Kompleks Presiden, Ankara semalam, yang mencerminkan keakraban hubungan dua hala serta persahabatan erat yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dan Türkiye.


Menurut Anwar, sambutan tersebut melambangkan hubungan persahabatan tulen serta komitmen berterusan kedua-dua negara sejak berdekad lalu.


"Menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada sahabat saya, Presiden Recep Tayyip Erdoğan di Kompleks Presiden, Ankara, yang mencerminkan keakraban hubungan dua hala serta persahabatan tulen yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dan Republik Türkiye," katanya dalam muat naik di media sosial.


Usai istiadat rasmi, Anwar dan Presiden Erdoğan mengadakan pertemuan empat mata dalam suasana penuh keakraban bagi meneliti secara mendalam hala tuju hubungan dua hala serta memperkukuh kerjasama strategik demi kepentingan bersama rakyat kedua-dua negara.

Menteri Malaysia dan Tukiye berbincang mengenai kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang
Menteri Malaysia dan Tukiye berbincang mengenai kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang

Kedua-dua pemimpin kemudiannya bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (High-Level Strategic Cooperation Council, HLSCC) bagi menetapkan hala tuju kerjasama strategik antara Malaysia dan Türkiye.


Antara fokus utama mesyuarat tersebut ialah pengukuhan kerjasama merentasi pelbagai bidang keutamaan termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal, kewangan Islam, semikonduktor, sistem pengangkutan pintar (ITS), pertahanan dan keselamatan, tenaga dan alam sekitar, unsur nadir bumi (REE), pelancongan serta pendidikan.


"Mesyuarat turut meneliti usaha memperluas dan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Türkiye dalam kerangka serantau serta pelbagai hala, khususnya melalui ASEAN, D-8 dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di samping bertukar pandangan mengenai situasi semasa di Gaza serta perkembangan keselamatan dan kemanusiaan di Timur Tengah," kata Anwar.


Dalam masa sama, Anwar turut menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan oleh Presiden Erdoğan terhadap peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha perdamaian antara Kemboja dan Thailand, serta pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu.


"Saya menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan terhadap peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha perdamaian antara Kemboja dan Thailand, di samping pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu," katanya.


Lawatan rasmi ini dijangka terus mengukuhkan hubungan strategik Malaysia–Türkiye serta membuka lembaran baharu kerjasama yang lebih menyeluruh demi manfaat bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page