top of page

Lawatan PM ke Johor tingkat hubungan negeri - Persekutuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 31, 2022
  • 2 min read


Lawatan kerja Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor semalam diharap dapat meningkatkan lagi hubungan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mengiringi lawatan Anwar semalam mengucapkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Azmi Rohani yang menyambut ketibaan Perdana Menteri.


"Saya juga berterima kasih kepada Menteri Besar (Johor) kerana sama-sama menyambut kehadiran Perdana Menteri, dengan harapan supaya hubungan pusat dan negeri Johor dapat dipertingkatkan," katanya.


Sementara itu Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru memaklumkan beberapa perkara sempat dibincangkan bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH), antaranya isu beberapa kawasan di Johor yang kerap berlaku banjir.


"Saya sempat mengangkat permasalahan isu banjir ini, dan sememangnya komitmen kerajaan pusat seperti banjir di Segamat memang kami akan teruskan.


"Cuma perincian itu akan menyusul, begitu juga isu berkaitan banjir kilat di bandar raya Johor Bahru," kata Pengarah Strategi parti KEADILAN itu.


Anwar menunaikan solat Jumaat bersama Akmal dan MB Johor Onn Hafiz Ghazi

Anwar memulakan lawatan semalam dengan menghadap Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Beliau kemudiannya meluangkan kira-kira 25 minit menjamu selera dan beramah mesra dengan masyarakat di sebuah medan makan di Kampung Melayu Majidee.


Beliau selepas itu ke Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi yang terletak kira-kira 40 meter dari medan selera tersebut untuk menunaikan solat Jumaat.


Anwar yang menerima sambutan meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 masyarakat setempat kemudian menandatangani plak perasmian masjid berkenaan sebelum kemudian pulang ke ibu negara.


"Beliau memang maklum kepada saya untuk aturkan, kalau sempat untuk solat Jumaat dan dalam banyak masjid, Masjid Kampung Melayu Majidee dipilih kerana ada sejarah dan nostalgia Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan (pecah tanah bangunan baharu masjid itu) pada 1995," kata Akmal.


Sementara itu Anwar melalui hantaran di Facebooknya menjunjung kasih terhadap Sultan Johor yang berkenan menerima beliau menghadap selama hampir sejam itu adalah bersempena lawatan kerja beliau ke Johor Bahru.


"Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah berikan penjelasan terkait soal pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta'zim.


"Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku," katanya Ahli Parlimen Tambun itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page