top of page

Lawatan PM ke Filipina kembang prospek positif - Penganalisis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 3, 2023
  • 1 min read


Penganalisis politik melihat prospek hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina bergerak ke arah lebih positif susulan lawatan Perdana Menteri ke republik itu.


Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Dr Nur Dayana Mohamed Ariffin berkata lawatan 2 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar mampu meredakan kemelut di Selatan Filipina mengenai hubungan dengan Sabah malah membuka peluang lain termasuk dalam sektor pendidikan dan ekonomi.


"Lawatan Anwar ini sebagai satu peluang kita mendekatkan lagi hubungan luar, bukan setakat menyelesaikan masalah kita dengan Filipina terutama di Selatan Filipina mengenai hubungan dengan Sabah.


"Tetapi ada peluang lain kita nak balik ke normal baharu seperti e-dagang, itu satu peluang yang juga dibincangkan Anwar dan Presiden Ferdinand Marcos Jr.


"Selain itu, boleh ditambah juga hubungan pendidikan kerana Anwar baru sahaja berada di Universiti of Phillipines, satu universiti yang mempunyai reputasi sangat baik dan tertua di negara itu," jelasnya.


Selain itu jelasnya, lawatan tersebut mengukuhkan lagi hubungan sosial agar dapat membawa manfaat kepada rakyat di kedua negara.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page