top of page

Lawatan PM bertemu Yang di-Pertua Sarawak erat hubungan dua hala



Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam ke Sarawak berakhir dengan kunjungan ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bagi membincangkan hubungan dua hala antara Persekutuan dan negeri.


Suasana akrab menyelubungi pertemuan itu mengimbau ketika Anwar dan Taib Mahmud merupakan rakan pimpinan utama dalam kerajaan BN pada era 1990an.


"Saya akhiri acara rasmi dua hari di Sarawak dengan mengadakan pertemuan bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan juga Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raggad Kurdi Taib di Astana Negeri Sarawak.


"Kami menyentuh soal pembangunan dan bagaimana mahu dipererat hubungan kedua-dua wilayah," katanya dalam catatan di Facebook.


DS Anwar memberi tabik hormat selamat tinggal kepada rakan rakan di Sarawak

Anwar turut mengucapkan terima aksih ke atas layanan Kerajaan Negeri Sarawak yang amat mesra dalam lawatannya ke negeri itu yang berjaya menyelesaikan banyak perkara berbangkit.


"Sekalung penghargaan buat Kerajaan Sarawak dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi saya.

InshaAllah, kita pasti ketemu lagi di lain waktu," katanya.


Untuk rekod lawatan PM sejak petang Khamis telah berjaya menyelesaikan isu entiti antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, juga menaikan bantuan ke Sabah dan Sarawak daripada RM16 juta kepada RM300 juta, menaiktaraf kompleks imigresen dan kastam di kedua dua negeri dengan kos RM1 bilion serta pelbagai penyelesaian lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page