Lawatan Mustaffa tinjau program bantuan, pemimpin veteran KEADILAN Sarawak
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Lawatan kerja Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Datuk Mustaffa Kamil Ayub ke Sarawak bukan sekadar bersifat rasmi, sebaliknya sarat dengan mesej keprihatinan, kesinambungan perjuangan dan semangat setiakawan apabila beliau turun padang menyantuni rakyat dan menzahirkan penghargaan kepada tokoh penting KEADILAN di negeri itu.
Menurut satu kenyataan, beliau hadir mengiringi lawatan yang diadakan baru-baru ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustafa Sakmud.
"Tumpuan utama diberikan kepada Program Bantuan Awal Persekolahan di SMK Petra Jaya, yang merupakan inisiatif yang mencerminkan komitmen kerajaan dan kepimpinan KEADILAN dalam memastikan kebajikan pendidikan generasi muda terus terbela," maklum kenyataan itu.
Lawatan tersebut turut diserikan dengan ziarah penuh simbolik ke kediaman mantan Menteri Sarawak merangkap Pengasas KEADILAN, Datuk Seri Hafsah Harun.
Hal itu sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan tokoh yang menjadi antara tunjang awal perjuangan reformasi di negeri bumi Kenyalang itu.
Untuk rekod, Datuk Mustaffa pernah menjadi Setiausaha Agung dan Naib Presiden KEADILAN pada era 2000an ketika Hafsah aktif dalam kepimpinan KEADILAN Sarawak.









Comments