top of page

Lawatan muhibah KEADILAN Kota Raja menemui Anwar menjelang Aidilfitri

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 12, 2021
1 min read

KEADILAN Cabang Kota Raja melakukan lawatan di ambang Hari Raya Aidilfitri semalam ke Pejabat Presiden KEADILAN di Bukit Gasing, Petaling Jaya.


Menurut kenyataan KEADILAN Kota Raja, lawatan mengunjungi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diketuai Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Dr. Gunaraj George yang turut memberi buah tangan kepada kakitangan di situ bagi menghargai komitmen mereka yang sentiasa tuntas dalam melaksanakan tugas dan berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar dalam apa jua keadaan.


Kenyataan itu juga memetik ungkapan Anwar, "Apabila ditanya kenapa kita masih sanggup menjejaki jalan ranjau penuh penderitaan ini dengan segala mehnah dan fitnah, kita kata, dengan merujuk kepada ungkapan Islah mastata'tu - surah Hud, ayat 88


“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami"

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page