top of page

Lawatan Menteri KKD ke UK teroka teknologi 5G, kecerdasan buatan



Lawatan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil ke United Kingdom (UK) dan mengunjungi pameran London Tech Week untuk melihat inovasi terbaharu, terutama berkenaan spektrum 5G dan kecerdasan buatan (AI) membuka ruang teroka kepada teknologi terkini.


Fahmi yang tiba di UK kelmarin, semalam telah mengujungi Timbalan Menteri di Pejabat Kabinet UK untuk bertukar pandangan mengenai teknologi 5G.


"Selepas tamat sesi pembukaan London Tech Week, saya mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri di Pejabat Kabinet UK, Baroness Neville-Rolfe DBE CMG.


"Kami berbincang dan bertukar pandangan tentang teknologi 5G serta Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian UK untuk membendung aktiviti penipuan dan keselamatan kanak-kanak," katanya.


Melihat inovasi terbaharu teknologi pengkomputeran

Sehari sebelum, beliau bersama delegasi KKD mengunjungi pameran London Tech Week dan mendengar ucapan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak dalam majlis pelancaran pameran tersebut.


"Ketika ucaptama, Rishi Sunak berikrar untuk menjadikan Britain sebagai hab global untuk "Artificial Intelligence" (AI).


"Beliau juga yakin akan ada potensi teknologi baharu yang mampu mencetus revolusi perindustrian melalui kerjasama antarabangsa," katanya.


Tegas Fahmi, lawatan 2 hari tersebut dianggap berjaya apabila berhasil membawa masuk pelaburan ke Malaysia sekitar RM8.3 bilion yang bakal menjana pekerjaan berteknologi tinggi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page