top of page

Lawatan MB Selangor ke Kuala Langat: Lihat kemajuan, masalah sebenar penduduk



Lawatan sehari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ke Daerah Kuala Langat hari ini adalah bertujuan melihat sendiri kemajuan dan masalah sebenar penduduk di kawasan berkenaan.


Dalam ucapan beliau di kampung Kelanang pagi tadi, Amiruddin berkata amat penting baginya melawat sendiri ke kawasan-kawasan kerana mungkin laporan yang sampai kepada beliau di pejabat tidak sama dengan realiti yang di hadapi rakyat.


"Saya (hari ini) dalam sesi melawat Kuala Langat dari pagi sampai ke petang. Melihat perkembangan kemajuan negeri di samping meneliti apakah isu-isu masalah persekitaran.


"Saya lawat masjid, pasar pagi juga akan lawat kawasan neayan. Kali ini bukan saja laporan saya dapat, tetapi tengok dengan mata sendiri.


"Bukan hanya di Shah Alam sahaja membangun, bukan pekan Banting saja membangun tetapi di semua tempat, di Kelanang, Pulau Carey, mendapat manfaat seimbang," katanya.


Beliau mengingatkan kemajuan yang lebih pesat akan tiba di Daerah Kuala Langat berikutan pembukaan lebuh raya SKVE.


Oleh itu, katanya penduduk Kuala Langat perlu dipersiapkan dengan pelbagai kemudahan untuk menyambut pelaburan baharu dan mengembangkan lagi usaha yang mereka lakukan.


"Kuala Langat ini akan jadi kawasan tumpuan. Selepas SKVE siap banyak pembangunan mendatang dan setiap pembangunan ada kesan sampingan.


"Kawasan pesisir sungai Langat ini ada kawasan perindustrian seperti Teluk Panglima Garang dan kawasan sekitarnya. Ia sudah pasti akan ada kesan (pembangunan) kepada nelayan, petani.


"Hal ini perlu ada keseimbangan, di saat ada pelaburan datang, jangan dilupakan nelayan, petani yang menyediakan sumber makanan.


"Oleh itu, baru-baru ini Kerajaan Negeri luluskan peruntukan membina jeti. Kelulusan (lokasi) jeti ini juga penting. Kalau tidak, orang akan buka sesuka hati. Kuala Langat ini ada beberapa lokasi (cadangan). Pegawai Daerah telah bentangkan beberapa tempat," katanya.


Dalam ucapan itu juga Amirudin mengumumkan perancangan Kerajaan Negeri untuk membina limbungan kapal yang akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.


"Ada juga tempat (lokasi) untuk limbungan kapal, angkut pasir, jeti angkut timah dan sebagainya. Hari ini saya lihat sendiri lokaliti dan kawasan.


"Hari ini saya akan lihat (lokasi) nak tambah jeti, (cadangan) nak tambah pasar. Rakyat akan dapat menguruskan ekonomi dengan lebih baik," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page