Lawatan luar negara menteri dibekukan, Kabinet fokus Belanjawan 2026
- Suara Keadilan

- Sep 11
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara waktu.
Jurucakap Kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan bertujuan memastikan jemaah memberi fokus dan keutamaan kepada persiapan Belanjawan 2026 pada Oktober depan serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.
"Mesyuarat Jemaah Menteri telah dimulakan dengan arahan daripada Perdana Menteri agar semua lawatan menteri ke luar negara adalah dihentikan sementara.
"Arahan ini berkuasa-kuasa serta-merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual ataupun perkara-perkara diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri," katanya dipetik.
Belanjawan 2026 bakal dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Oktober ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pula dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan hadapan, dengan beberapa pemimpin besar dijangka hadir termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang.









Comments