top of page

Lawatan kerja RAPAT ke Terengganu merakyatkan Malaysia Madani

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jan 26, 2024
1 min read


Lawatan kerja delegasi RAPAT Kebangsaan ke Terengganu baru baru ini berjaya melakukan dialog pelbagai hala dengan beberapa ahli politik dan NGO tempatan terkait pemahaman Malaysia Madani.


Menurut kenyataan RAPAT, delegasi kebangsaan yang ikut serta dalam lawatan itu adalah Presiden PARAT, Mustaffa Kamil Ayub, Setiausaha Datuk Alias, Bendahari saudara Hashmi, Aishah dan Rusiah.


"Keseluruhannya lawatan kerja ini telah menyuntik semangat baharu merakyatkan pemahaman Malaysia Madani dan pengisian agendanya.


"Beberapa program susulan telah diaturkan," kata kenyataan itu.


Lawatan 20-21 Januari itu bermula dengan Dialog SEMARAK Malaysia Madani bersama RAPAT Terengganu, kemudiannya bersama PPD Ustaz Kamaruzaman Kuala Nerus, diikuti pertemuan bersama Datuk Rozi Mamat, Pengerusi UMNO Terengganu, dan diskusi bersama Zukiferee Ibrahim, WADAH/UMT/UNIZA.


Manakala malamnya bersama saudara Razali di Kolej KETENGAH.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page