Lawatan kerja PM ke Indonesia disambut meriah
- Suara Keadilan

- Jun 27
- 1 min read

Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Indonesia (RI) hari ini disambut meriah oleh Presiden RI, Prabowo Subianto Joyohadikusumo bersama barisan menteri kabinet negara itu.
Anwar tiba di kediaman rasmi presiden, Istana Merdeka petang tadi dan memeriksa perbarisan kehormatan angkatan tentera RI sebelum melakukan perbincangan antara dua negara.
"Setibanya kami di Istana Merdeka, saya dan delegasi disambut meriah sempena kunjungan rasmi.
"Usai pemeriksaan barisan kehormat, saya dan Presiden Prabowo Subianto lantas meneruskan acara dan agenda perbincangan yang mencakup pelbagai isu melibatkan persempadanan darat dan maritim hingga ke perkara terkait Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang akan datang," katanya dalam muat naik di Facebook.

Menurut Anwar, perbincangan beliau dan Prabowo berjalan dengan baik dalam suasana serumpun yang menyemangati keakbraban kedua-dua negara sahabat.
"Alhamdulillah, isu yang menjadi perbahasan telah diselesaikan dengan baik dan bijaksana," katanya.
Sebelum itu, Presiden RI Prabowo menjemput PM di lapangan terbang sebagai tanda penghormatan dan keakraban negara serumpun Malaysia - Indonesia.
Kunjungan berkenaan merupakan susulan kepada kunjungan Presiden Prabowo ke Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu sempena acara Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.









Comments