top of page

Lawatan kedua PM ke China dijangka tarik lebih banyak pelaburan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14, 2023
  • 1 min read


Malaysia dijangka menerima lebih banyak pelaburan dan kerjasama daripada lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Nanning, China pada Ahad ini


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika ditemui pemberita dalam satu program di Putrajaya pada Rabu berkata, hasrat menarik lebih banyak pelaburan dan kerjasama perniagaan itu mampu direalisasikan hasil hubungan dua hala yang rapat antara kedua-dua negara khususnya antara Anwar dengan rakan sejawatan dari China (Li Qiang).

"Lawatan Anwar sebanyak dua kali ke republik itu dalam tempoh beberapa bulan adalah satu pengiktirafan bahawa China antara rakan perdagangan utama yang mempunyai banyak sinergi di antara kedua-dua negara.


"Amat jelas setiap kali Perdana Menteri ke China, bukan sekadar beri senyuman dan lambai tangan, ia disusuli dengan banyak perkara.


"Saya tahu ada Memorandum Persefahaman (MoU), pelaburan yang dibawa ke Malaysia, malah pejabatnya sentiasa mendapatkan perkembangan dengan jabatan berkaitan," kata Rafizi dipetik.


Media sebelum ini melaporkan Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menghadiri Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023 di Nanning dan lawatan itu antara lain bertujuan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara serta sebagai persiapan bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China.


China merupakan rakan dagang Malaysia yang terbesar sejak 2009 dengan nilai perdagangan antara Malaysia dan China pada tahun 2022 mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page