top of page

Lawatan ke Thailand mampu jernihkan Islamofabia - ABIM



Lawatan kerja Perdana Menteri ke Thailand akan memberikan gambaran lebih baik mengenai Islam terutamanya dalam konteks salah faham dan Islamofobia di negara itu.


Keyakinan itu disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Faisal Aziz dipetik Astro Awani.


Menurut Faisal, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sosok pemimpin berkaliber yang mampu membawa imej Islam yang dilihat lebih sederhana.


"Kekuatan Malaysia, Perdana Menteri dan juga diaspora Malaysia di sana ialah untuk menjernihkan salah anggap atau Islamofobia oleh segelintir komuniti masyarakat bukan Islam di Thailand.


"Kalau kita lihat konflik yang berlaku di wilayah-wilayah selatan Thailand pasti akan mendorong lebih banyak sentimen anti kepada Islam. Jadi lawatan Perdana Menteri bersama juga diaspora Malaysia dapat sedikit sebanyak menjernihkan Islamofobia itu dalam kalangan masyarakat Thailand," katanya.


Menurut Faisal, hubungan Malaysia dan Thailand juga perlu dilihat dari susur galur sejarah ketamadunan kedua-duanya yang diasaskan oleh dua agama utama iaitu Islam dan Budha.


Sebahagian masyarakat di negara Gajah Putih itu juga menurutnya masih mempunyai salah faham tentang Islam sehingga mencetuskan krisis perbalahan di sesetengah wilayah di negara itu.


Justeru kehadiran Anwar adalah penting dalam mencipta naratif baharu sebagai usaha menolak salah tanggapan terhadap imej Islam, katanya.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page