top of page

Lawatan ke Sabah bincang perihal bahasa, budaya - Fadhlina



Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam rangka lawatan kerja ke Sabah berpuas hati dengan fasiliti pendidikan di negeri itu.


Beliau juga berbincang mengenai bahasa dan budaya Sabah yang menjadi sebahagian warisan Malaysia.


"Terima kasih atas perkongsian dan perbincangan perihal bahasa dan budaya yang menjadi sebahagian daripada kekayaan khazanah Bangsa Malaysia yang dibanggakan.


"Rakyat Malaysia hidup bersama dengan muhibah dalam budaya damai.


"Saling menghormati, saling menyayangi, saling menguatkan," katanya dalam catatan di Facebook.


Selain itu, Fadhlina juga menerima kunjungan Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga merupakan Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Kadamaian.


Benedick hadir bersama-sama Datuk Philip Lasimbang, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) dan rombongannya yang terdiri dalam kalangan pimpinan KLF, guru-guru Bahasa dan ketua-ketua komuniti Kadazan, Lotud, Tatana' dan Murut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page