Lawatan sulung Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Kyrgyz selama dua hari berjaya mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan negara Asia Tengah itu.
Menurut Anwar, pertemuan beliau bersama PM Republik Kyrgyz amat positif dan delegasi Malaysia bertukar tukar pandangan mengenai pelaburan, pendidikan dan isu isu antarabangsa.
"Sewaktu lawatan sulung ke Republik Kyrgyz, saya juga menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Republik Kyrgyzstan, Akylbek Zhaparov.
"Pertemuan kira-kira sejam itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama," katanya.
Tambah Anwar, pertemuan berkenaan telah mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara selain bertukar kepakaran berkaitan aspek pelaburan, industri halal, pengurusan haji dan pelancongan.
댓글