top of page

Lawatan kapal China: Pelajar kibar bendera China bukan warganegara Malaysia



Kontroversi lawatan kapal Tentera Pembebasan Rakyat China di Pulau Pinang sengaja ditingkatkan suhunya oleh laskar siber pembangkang dengan memaparkan kononnya pelajar sebuah sekolah swasta di pulau itu hanya mengibarkan bendera China menyambut lawatan delegasi negara berkenaan.


Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, tindakan laskar siber pembangkang itu jelas merupakan satu hasutan kerana pelajar yang mengibarkan bendera China terbabit bukanlah warga negara Malaysia.


"Saya dapati ada beberapa individu mengeluarkan fitnah jahat yang cuba menggangu gugat ketenteraman awam.


"Mengenai gambar yang viral kononnya ada sekumpulan pelajar Malaysia mengibarkan bendera China, saya telah mendapat penjelasan dan pengesahan (mengenainya).


"Di Chung Ling Private High School ada lebih kurang 33 pelajar sekolah swasta ini yang berasal dari China dan mereka inilah yang mengibar bendera (China) itu," katanya dipetik.



Tegas Fahmi, terdapat dua bendera yang dikibar oleh pelajar iaitu Jalur Gemilang dan bendera Republik Rakyat China.


Namun laskar siber sengaja membesar besarkan isu bendera China sahaja.


Justeru Fahmi berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak berhubung hantaran hasutan di media sosial berkenaan.


"Jadi saya telah minta SKMM menyiasat mereka yang sengaja cuba mengadu-domba dalam kalangan masyarakat dengan menyebarkan berita palsu.


"Saya juga minta PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengambil tindakan tegas kerana mereka cuba menimbulkan kegusaran seolah-olah kerajaan membenarkan perkara seperti ini berlaku," katanya kepada media selepas menghadiri satu program di Kerinchi, Kuala Lumpur petang tadi.


Sebelum ini, kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang telah menimbulkan reaksi marah orang Melayu akibat pengherotan isu oleh laskar siber pembangkang.


Penjelasan yang diberi sebelum ini oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan berhubung lawatan diplomatik kapal China tersebut juga tidak meredakan keadaan apabila isu pelajar sekolah mengibarkan bendera China dimainkan di media sosial yang khusus ditujukan kepada orang Melayu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page