top of page

Lawatan Anwar ke China sangat berjaya - Hassan Karim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3, 2023
  • 1 min read


Lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Rakyat China minggu lalu dianggap sebagai sangat berjaya.


Melalui lawatan itu bukan sahaja Malaysia telah mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara kuasa besar Asia itu, malah berjaya meraih komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion daripada pelabur China yang bakal memberi kesan positif kepada ekonomi negara.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkongsikan empat faktor kejayaan lawatan diketuai Anwar itu.


Faktor pertama jelasnya, Malaysia daridapa sudut sejarah merupakan negara ASEAN pertama menjalin hubungan dengan China.


"Kedua, keyakinan China terhadap kepimpinan Malaysia semasa yang mempunyai keinginan membina masa depan yang lebih baik dan ketiga Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam ASEAN memandangkan Anwar dan Jokowi (Presiden Indonesia) merupakan dua pemimpin ASEAN yang berpengaruh.


"Keempat, pada bulan Mei 2024 merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia - China. Peristiwa bersejarah itu sangat penting dan sentiasa disebut oleh China.


"Mungkin mood ke arah ulang tahun ke-50 itu mula dibina dari lawatan bersejarah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini," kata Hassan dalam satu kenyataan.


Sabtu lalu media melaporkan Malaysia meraih komitmen pelaburan yang tertinggi dalam sejarah bernilai RM170 bilion dari usahawan China. Jumlah itu adalah daripada sejumlah 19 Memorandum Persefahaman (MoU) komitmen pelaburan yang dimeterai.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page