top of page

Lawatan Anwar, Jokowi ke Chow Kit jadi tumpuan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 8, 2023
  • 1 min read


Usai perbincangan dua hala antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo beliau mengiringi rakan sejawatnya itu melawat ibu negara Kuala Lumpur.


Tidak sebagaimana tetamu negara yang biasanya melawat tempat indah atau termaju di negara tuan rumah, Jokowi memohon untuk melawat kawasan marhaen Chow Kit yang turut menjadi tempat warganegara Indonesia berkerja.


Ketibaan Jokowi dan Anwar pada pukul 12.30 tengah hari tadi disambut oleh pengunjung dan peniaga di sepanjang kedai kedai di Jalan Raja Alang, Chow Kit.


Pengunjung pasar Chow Kit teruja berswafoto bersama Jokowi - Foto Jabatan Perdana Menteri

Kedua duanya mengadakan lawatan di pasar basah Chow Kit dan Jokowi menerima laungan 'Bapak Jokowi' serta terdapat warganegara Indonesia yang teruja dengan kunjungan itu dan menyanyikan lagu kebangsaan 'Indonesia Raya' sebagai simbolik kebanggaan mereka.


Tidak kurang juga warga Indonesia yang mengambil kesempatan bersalaman dan berswafoto dengan kedua-dua pemimpin negara tersebut.


Jokowi kemudiannya dibawa ke Kampung Baru untuk menikmati makanan tengah hari di sebuah restoran tradisi Melayu di sana.


Rombongan Jokowi dijamu makanan tradisi Malaysia secara sederhana - Foto JPM

Pada sebelah petang Jokowi dijadualkan mengunjungi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page