top of page

Lawatan Akmal selesai projek bermasalah di Gurun - Firdaus



Taman Residensi Mesra di Gurun, Kedah yang menerima aduan sebagai projek bermasalah selepas tarikh serah kunci berlalu, semalam dilawati oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.


Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari (gambar, dua dari kiri) yang turut menemani Akmal dalam lawatan tersebut memberitahu sebelum ini pembeli telah membuat aduan mengalami kesulitan apabila mereka terpaksa membayar pinjaman bank sedangkan rumah yang dibeli masih belum siap.


"Projek perumahan itu mengalami kelewatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu. Mulanya tiada pembeli yang mengadu.


"Tetapi bila projek terlajak masa, pembeli mula bising sebab mereka bayar bank. Rumah pula tak siap.


Akmal (kanan sekali) berbincang dengan wakil pemaju

"Semalam pemaju kata progres mereka 75%. Sepatutnya bulan Mac lalu boleh serah kunci. Jadi bila dah terlajak masa Akmal turun padang. Dia tegas beritahu kontraktor supaya siapkan segera rumah tersebut hujung tahun ini.


"Dalam lawatan itu pemaju akur dan janji akan menyiapkan projek pada hujung tahun," katanya.


Menurut Firdaus lagi, kebanyakan pembeli projek perumahan berkenaan berasal dari kawasan Gurun dan beliau berlapang dada dengan penyelesaian yang dijanjikan oleh pihak pemaju serta berharap tidak akan berlaku lagi sebarnag kelewatan.


Firdaus dalam pada itu turut memuji inisiatif Akmal yang turun padang ke setiap projek perumahan sakit dalam usaha melegakan para pembeli rumah yang tidak tahu ke mana untuk mengadu apabila timbul masalah antara mereka dengan pihak pemaju.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page