top of page

Lawatan 2 hari Arab Saudi: PM berjaya tarik pelabur ke Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 25, 2023
  • 1 min read


Lawatan 2 hari Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi berjaya menarik pelabur berpotensi negara Arab berkenaanm untuk menanam modal di Malaysia.


Di samping itu PM dan delegasi juga telah menunaikan ibadat umrah di Mekah.


Lawatan tersebut berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn Bhd.


Anwar juga dijemput berucap di hadapan tokoh tokoh ekonomi Arab Saudi di Ibu Pejabat Islamic Development Bank (IsDB) di Jeddah.


Semalam, Anwar bersama rombongan menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram sebelum berangkat ke Madinah.


"Hari ini saya dan delegasi Malaysia berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram.


"Alhamdulillah, mendoakan Malaysia dan rakyatnya sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera," katanya.


DS Anwar dan rombongannya bersolat di ruangan khas berhadapan Kaabah

Pelaburan dari negara negara Arab penting untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Negara Arab banyak melabur dan terlibat dalam menanam modal di Malaysia sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998. Jutawan Arab juga menyumbang menggerakkan pendidikan Islam khususnya melibatkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Selepas pemecatan Anwar dari kerajaan pada 1998, pelaburan Arab ke Malaysia merosot selama dua dekad.


Turut serta dalam lawatan ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta beberapa pegawai di Jabatan Perdana Menteri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page