Lawan usaha tebuk atap, kukuhkan perpaduan PH-BN - Mohammad Sabu
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan bagi menghalang perbuatan 'tebuk atap' yang disusun segelintir pihak bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dapat dihalang.
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sebagai parti yang pernah berada dalam kerajaan sebelum tumbang menerusi Langkah Sheraton pada 2018, perkara itu mesti cepat dihentikan apabila terdengar ura-ura mengenainya.
"Soal perpaduan ini penting. Sebab itu saya marah sangat bila ada ura-ura nak buat 'tebuk atap' di Negeri Sembilan.
"Kita sebelum ini dah berpengalaman. Dalam hal Langkah Sheraton itu, bila disebut 'tebuk atap' mesti ada orang dalam, sebab itulah selalunya sebuah kerajaan itu jatuh, Jarang dia jatuh kerana kekuatan musuh.
"Jadi atas sebab itu jangan ulang kali ini, yang mana-mana ada ura-ura kita nak lihat ada nak 'tebuk atap', kita kena pantas cepat (kekang)," katanya dipetik.
Mohamad Sabu berkata begitu menerusi Ceramah Isu Semasa di luar perkarangan Pejabat AMANAH negeri di Sungai Dua, Butterworth
Sementara itu beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan bakal kembali mentadbir negara selepas pilihan raya akan datang sekiranya perpaduan dan persefahaman antara PH dan BN terus dikekalkan.
"Kita tahu, dengan BN sudah tentulah ada banyak yang kita kritik mereka, mereka kritik kita dulu. Tapi bila kita kita berkawan, kita boleh selesai di meja rundingan.
"Alhamdulillah, sudah tiga tahun setengah kerajaan ini berjalan dengan baik. Saya yakin kalau dia berjalan dengan baik hingga pilihan raya akan datang, kerajaan perpaduan ini akan kembali memerintah," tambahnya.




Comments